Kegunaan lain Air kencing

Kegunaan silam

  • Rom purba menggunakan air kencing sebagai agen peluntur bagi mencuci pakaian dan gigi.

Peluru

Pada masa silam, air kencing dikumpul dan digunakan bagi penghasilan ubat bedil. Air kencing kusam ditapis melalui tong berisi jerami dan dibiarkan masam selama setahun atau lebih. Selepas tempoh ini, air digunakan bagi mencuci garam kimia daripada jerami tersebut. Campuran ini kemudiannya ditapis melalui abu kayu (wood ashes) dan dibiarkan kering di bawah sinaran matahari. Kristal potasium nitrat kemudian dikumpulkan dan ditambah kepada belerang dan arang untuk menghasilkan serbuk hitam.[7]

Tekstil

Air kencing telah digunakan sebagai mordant bagi penyedian tekstil, terutama bulu, bagi pewarna. Air kencing digunakan bagi mewarna terutama indigo di mana air kencing bertindak balas dengan dye yang tidak larut bagi membentuk sebatian larut.

Baja

Air kencing memiliki sejumlah besar urea, sumber yang baik bagi nitrogen bagi tumbuhan. Oleh itu ia merupakan penggalak berguna bagi kompos. Urea kurang toksik berbanding amonia dan terbentuk dengan gabungan tidak langsung dengan keluaran sampingan pendeaminaan (2 NH3 molekul) dan pernafasan selular (1 CO2 molekul). Komponen lain termasuk pelbagai garam bukan organik seperti sodium khloride (sodium disingkir dikenali sebagai natriuresis).

Lain-lain

Semasa Perang Dunia I, pihak Jerman menguji banyak jenis gas beracun untuk kegunaan dalam perperangan. Selepas serangan gas klorin Jerman pertama, pihak Berikat dibekalkan pad kapas yang telah direndam air kencing. ianya dipercayai bahawa amonia pada pad meneuteralkan klorin. Pad ini diletakkan pada muka sehingga askar dapat melepaskan diri dari asap beracun, sungguhpun kini diketahui bahawa gas klorin bertindak balas dengan air kencing bagi menghasilkan wasap beracun (lihat klorin dan kegunaan gas beracun semasa Perang Dunia I).

Rujukan

WikiPedia: Air kencing http://cats.about.com/od/cleaningmesses/tp/odorout... http://www.drugs.com/enc/urine-chemistry.html http://content.karger.com/ProdukteDB/produkte.asp http://excretion-osmoregulation.know-heart-disease... http://www.neonjoint.com/passing_a_drug_test/produ... http://dictionary.oed.com/entrance.dtl http://www.punchandus.com/article/1005-pee.html http://www.rnceus.com/ua/uaph.html http://www.courses.fas.harvard.edu/~chaucer/ http://medres.med.ucla.edu/curriculum/lectures/acu...